Tuesday, March 18, 2014

MY DREAM>>> :)


 Dalam kehidupan setiap manusia pasti ada sesuatu yang di inginkan.. bagi aku apa yang aku inginkan adalah untuk menjadi professional angler..hahahaha
nampak macam kelakar...penat-penat aku belajar engineering dekat nak 7 tahun, last2 nak jadi angler...tapi nak buat cam nea aku dah minat...kalau boleh aku nak jadikan dunia memancing ni sebagai sumber rezeki aku di masa depan...tapi dekat Malaysia ni, market untuk professional angler x da lah besar sangat sebab ikan2 kat Malaysia ni x di jaga...kalau kita tengok kat luar negara, macam Australia, kerajaan negara tu letakkan limit untuk pemancing dan nelayan untuk membawa pulang hasil..teknik catch and release juga di amalkan oleh pemancing2 luar negara..itu lah sebab nya market untuk angler cukup luas...
Tapi kat Malaysia kehidupan sebagai pemancing penuh cabaran...petang tadi aku pergi casting kat area lumut..aku cukup kecewa sebab kat area muara penuh dengan pukat n rawai...benda2 ni lah yang merosakkan ekosistem perikanan di Malaysia..aku tau diorang juga nak cari rezeki..tapi memukat nak merawai menyebabkan kepupusan ikan berlaku dengan cepat..pembiakan ikan akan menjadi lembab dan ini juga menganggu pemancing2..dulu masa aku g memancing area lumut jarang menghampakan..tapi semenjak kawasan lumut rakus di rogol oleh orang2 yang hanya mementingkan keuntungan segera menyebabkan kawasan ni musnah...
Sebagai contoh yang paling mengecewakan aku ialah kawasan bawah jambatan sungai dindings atau orang tempatan panggil sebagai jambatan kedua...kawsan ni memang best nak memancing ikan siakap, bulan, alu2..x sampai setahun kawasan ni musnah di sebabkan kerakusan manusia...sedih ada, marah dah tentu, kecewa memang terasa dalam hati aku...tapi aku nak buat macam mana yang namanya rakyat Malaysia..xpa lah, mungkin ini memang di takdirkan oleh Allah SWT...aku bersyukur kepada Tuhan sebab masih bagi rezeki kat hamba-NYA...yang penting berdoa memohon kepada ALLAH SWT semoga rezeki semakin bertambah...
Berbalik kepada impian aku...aku mengidam sangat nak pakai beberapa jenis reel@baitcaster...antaranya ialah:-


Quantum EXO
harga dalam range RM800-RM1000

MGX extreme
range harga dalam RM1000-RM1500

Revo MGX
Range harga dalm RM1500

Shimano Stella
Range Price around RM2500(speaking konon...hahaha)
Yang ni reel paling mahal yang aku idamkan..

Shimano Curado
harga dalam lingkungan RM1000


Harga untuk semua reel ni memang aku x mampu time aku study ni..aku nak kerja kuat2 and then berhenti and try to archive my dream in the future...for my future wife, i am sorry because this thing will make my life happy..apa2pun aku akan cuba untuk mencapai impian ni..kalau xdapat pun xpa..dah bukan rezeki aku..aku bersyukur dengan apa yang ALLAH SWT dah bagi sekarang...tapi yang penting jangan sesekali lupa dengan semua amalan dalam ISLAM untuk menjadi hamba-NYA yg berjaya di dunia dan terutama sekali akhirat...impian aku nak masuk syurga dengan semua orang yang aku sayang dan semua umat islam... :)
















Saturday, January 11, 2014

Rindu nak Memancing..... :(


lama rasa nya aku dah x memancing...rindu yang amat sgt kat peralatan mancing aku kat rumah..tapi nak buat mcm nea tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar perlu di teruskan..dengan final year project, exam, assignment dan macam2 lagi..penat memang penat..aku harap perjalanan aku sebagai seorang prlajar akan berjalan lancar dan aku harap dapat graduate hujung tahun ni...
berbalik pada kisah memancing..dah dekat 3 4 bulan aku x rasa sentapan ikan..tambahan lak membe aku duk bakar aku dengan hasil memancing dia..panas beb..tapi x pa..minggu depan aku da cuti 10 hari..dapat lah aku lepas gian aku yang membuak2 ni..
aku terkenang saat aku pergi memancing d pulau pangkor awal tahun lepas..byk ooooo hasilll..puas hati..apa2 pun byk benda yang aku dapat belajar...dari basic hinggu tahap master..thanks 2 orang sifu aku yang di pangkor iaitu abu ngan black..dorg mmg power bab mancing, tgok keadaan air, umpan, lokasi dah macam2 lagi..aku harap suatu hari nanti aku dapat pergi memancing di pulau pangkor lagi..
dibawah adalah antara hasil memancing di pulau pangkor awal tahun lpas... :)








Tuesday, August 27, 2013

Monday, September 10, 2012

DSPRMICUSM: EEE376 Electromagnetic Theory SII 2012/2013

DSPRMICUSM: EEE376 Electromagnetic Theory SII 2012/2013: Once again I will be teaching EM Theory next semester. Once again, I will adopt Field and Wave Electromagnetics, 2nd Edition by David K. Che...

Thursday, September 6, 2012

Kembali Meng"EDIT" gambar...

Lama betul rasa nya aku tak mengedit gambar..
aku kembali mengedit gambar baru untuk mengasah skill lama yang sememangnya dah tumpul nampak gayanya..hahaha
tapi application yang aku guna untuk mengedit ni dah banyak berubah dan banyak benda yang aku kene perbaiki dan belajar...harap dapat lah mengasahnya..
di bawah aku pamerkan beberapa keping gambar yang aku edit..rasa macam banyak benda yang kurang..hehe










laa ni aku nak asah teknik edit video balik..dah lama aku tinggalkan kerja2 yang pernah aku minatdulu..:)

Wednesday, September 5, 2012

Trip lepas gian..:)

selepas berpuasa dari memancing teknik bottom selama sebulan lebih..akhirnya aku dengan kawan pancing aku wan, merancang satu trip untuk melepas gian..hanya merancang melalui ajakan yang tak serius dalam telefon, akhirnya kami berdua bersetuju untuk menduga port baru iaitu marina island yg berhadapan dengan pulau pangkor...
pada mulanya aku agak kurang yakin dengan tempat tersebut kerana trip sebelum puasa hanya ikan2 yang comel sahaja yang berjaya aku daratkan...hahaha..kami memulakan perjalanan ke marina island pada jam 2.30 petang selepas kami membeli umpan di kampung sitiawan..umpan yang kami bawa ialah umpun2 dan udang mati....sebelum ni kami pernah menduga kawasan marina island ini dengan menggunakan umpan umpun2 sahaja dan hasilnya agak mengecewakan..jadi pada trip kali ini aku membawa umpan udang untuk menguji keberkesanan port ini...
Umpun-umpun
lokasi 

hasil

lokasi

ikan apa ntah(mcm ikan bawal)

ikan kapas
kami sampai di lokasi terpilih pada jam 2.50 petang, dan aku mula melontar umpan..aku menggunakan teknik appollo pada mulanya..namun tiada tanda2 yang baik...untuk trip kali ini aku menggunakan dua joran baru iaitu shimano fx 4000 di padankan dengan shimano cruzar 8' dengan tali 30lb, satu lagi joran aku menggunakan reel surecatch vento 5000 di padankan dengan line 30lb dan rod armor 9'...wan menukar teknik dengan membuat perambut baru iaitu teknik T...selepas menukar teknik wan memulakan pesta dengan pertarungan mudah dengan ikan kapas sekitar 200 gram dengan menggunakan umpan umpun2....ini membuatkan aku tak senang duduk..jadi aku menukar teknik yang wan gunakkan iaitu teknik T..tak sampai seminit aku tukar teknik terus ada sentapan dari penghuni dasar...akhirnya joran yang baru aku beli habis berpantang dengan mendaratkan ikan gelama yang besarnya agak comel, hanya sebesar 3 jari..pesta pun bermula apa bila satu lagi joran aku turut habis berpantang dengan seekor ikan baji sekitar 300 gram..secara keseluruhannya aku berjaya mendaratkan 1 ekor ikan kapas 500 gram, 1 ikan baji 300 gram, gelama sebesar 3 jari 2 ekor, ketuka sebesar tapak tangan, ikan apa ntah(mcm ikan bawal.) dalam 150 gram dan ikan gegerut dalam 200 gram..wan pula berjaya mendaratkan 1 ekor ikan kapas dan 1 ekor ikan tanda...ni merupakan trip yang paling berjaya bagi aku dan wan yang selalu kumpau dan hanya mampu bermain dengan gelama...hahahahaha

Monday, August 27, 2012

Lesen Casting yang Kumpau Memanjang

Kumpau!...aku masih belum dapat lesen casting lagi selepas sebulan mencuba..mungkin belum ada rezeki..namun aku telah memantapkan lagi senjata aku dengan alatan2 baru bagi mendapatkan lesen..
Rapala Skitter Pop

Strom ThunderCrank

Strom ThunderCrank

Abu Garci Citrus 2000
hari ni, aku mencuba nasib di bawah jambatan bainun untuk mencari lesen pertama..antara alatan baru yang aku gunakan ialah abu garcia citrus 2000 mengunakan tali 20 paun..di padankan dengan xpuyu se 8-17 lb...gewang yang aku gunakan pula ialah strom tundercrank 11g dan rapala skitter pop....
mungkin akan berakhir kekumpauan aku suatu hari lagi..hehehe